*Ringkasan

Burger Bakar adalah makanan terbaru yang terdapat di Kg. Bertam Baru. Projek di bawah Program Vendor Burger Bakar daripada RISDA ini telah diusahakan oleh seorang anak muda yang berasal dari kampung ini. Cik Nurul Aziera bt Zulkefli merupakan salah seorang peserta yang telah terpilih untuk menyertai program di bawah projek RISDA. Beliau telah mengikuti kursus dan temuduga sebelum di beri peluang untuk mengusahakan serta memasarkan Burger Bakar di kampung ini. Vendor Burger Bakar daripada RISDA ini di kenali dengan Master Burger di lengkapi dengan kelengkapan yang lengkap daripada RISDA seperti peralatan untuk membakar, bahan mentah, banner untuk promosi dan motosikal. Motosikal tersebut digunakan untuk tujuan membuat penghantaran dan juga untuk membuka atau membuat jualan di tempat-tempat lain. Pada hari perasmian Master Burger ini, pihak RISDA telah membuat promosi kepada penduduk kampung dengan menyediakan kupon percuma dan kupon pototngan 25% kepada 100 orang terawal untuk menikmati produyk baru yang terdapat di kampung ini. Cik Aziera membuat perniagaan ini di kedai makan milik bapanya yang terletak di kawasan Stesen Keretapi Bertam Baru. Projek RISDA ini telah memberi peluang pekerjaan kepada Cik Aziera dan dapat menambah sumber ekonomi keluarga En. Zulkefli. Tempahan awal boleh dibuat dengan menghubungi Cik Aziera dan jika permintaan daripada pelanggan memuaskan, penghantaran ke kawasan terdekat akan di buat. Tempahan boleh dibuat melalui:

 

Call / Whatsapp : 0132178770 (Aziera)