*Ringkasan

Roti Canai Kak Zan atau nama sebenar ialah Pn. Norizan bt Zakaria sentiasa mendapat sambutan dari penduduk Kg Bertam Baru dan juga penduduk dari kampung-kampung berdekatan. Pn. Norizan dan pasangannya En Zulkifli merupakan salah seorang penduduk Kg Bertam Baru yang membuka perniagaan kedai makan atau "kedai kopi" yang terletak berdekatan dengan Ktmb Bertam Baru dan beroperasi dari seawal jam 7.00am sehingga ke 9.00pm setiap hari. Roti Canai Kak Zan mendapat sambutan kerana roti nya yang lembut, harga yang berpatutan dan yang paling penting "hand made" tanpa bantuan mesin yang canggih. Roti Canai Kak Zan akan di buat jika mendapat tempahan dari pelanggan dan bukannya roti yang telah di masak dan di simpan di dalam bekas makanan. Para pelanggan dapat menikmati roti canai Kak Zan yang masih "fresh and hot".