*Ringkasan

08 Ogos 2016 (Isnin)

Enjoy Game(Carom) atau  Kejohanan Carom Tertutup Bertam 2016 telah di anjurkan oleh Risda Stesen Bertam Baru di Warung Buluh milik En. Zainal, Kg Bertam Baru. Acara bermula dari petang sehingga lewat malam telah mendapat sambutan daripada penduduk kampung yang di sertai oleh golongan belia dan golongan dewasa. Peserta yang berjaya telah mendapat piala sumbangan Liey Enterprise. Kejohanan Carom Tertutup Bertam 2016 ini adalah salah satu program di bawah RISDA untuk komuniti.Syabas kepada penganjur, peserta dan seluruh penduduk Kg. Bertam Baru yang telah menjayakan program ini.