*Ringkasan

Pada 31 jan 2016 yang lepas, golongan belia Kg. Bertam Baru dan belia Kg. Bertam Lama telah menganjurkan perlawanan persahabatan bola sepak yang di adakan di padang SK. Bertam. Perlawanan ini adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara belia-belia di samping untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat. Perlawanan ini juga dapat membantu golongan belia untuk bersatu hati dalam memperjuangkan pasukan bola sepak DUN Nenggiri untuk menyertai perlawanan di peringkat yang lebih tinggi.