Nama : Nik Yurosilawani Binti Yunus
Umur : 35 Tahun
   Ahli : 28 April 2014

 

 

 

 

 

Latar belakang

Pn.Yurosilawani dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Bertam Baru. Seorang surirumah tangga dan menjadi pembantu kedai mee celup di kedai kakaknya. Selain itu, Pn.Yurosilawani juga menjual sayur-sayuran kepada peniaga kecil di Bertam dan kampung sekitarnya sebagai pendapatan sampingan.Bagi menambahkan pendapatan Pn.Yurosilawani mula menjual mini popia serunding ikan yang dibuat sendiri.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum mendapatkan tunjuk ajar dari petugas PEDi Bertam untuk mempromosikan popianya Pn.Yurosilawani tidak begitu mahir menggunakan medium atas talian dalam menjual produknya hanya sekadar mempromosikan dan menjual produk melalui whatsapp dan walk in sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas menyertai Kelas Keusahawanan di PEDi Bertam, beliau sudah mahir memperluaskan lagi kaedah mempromosikan produknya secara atas talian seperti di Shopee,Facebook dan juga myshop Dashboard. Tambahan juga kemahiran Pn.Yurosilawani semakin bagus dalam menggunakan komputer.