NAMA :  LOKMAN BIN SALLEH
UMUR : 34 TAHUN

AHLI

: 15 SEPTEMBER MEI 2016

 

Latar belakang

En. Lokman berasal dari Kg. Bertam Baru. Merupakan seorang graduan lulusan UTM dalam bidang perakaunan.Mula menceburi bidang masakan selepas tamat pengajian diploma dan menceburi bidang pekerjaan dengan memasak. Beliau telah menjelajah banyak negeri termasuk luar negara untuk bekerja sebagai tukang masak. Setelah beberapa tahun mengembara mencari ilmu, hujung tahun 2017 beliau telah pulang dan menetap di Kg. Bertam Baru dan membuka warung kecil di hadapan kediaman milik keluarga beberapa bulan selepas itu. Menu utama makanan Western yang mana satu-satunya kedai Western yang terdapat di kampung ini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah beberapa bulan tidak mempunyai pekerjaan, beliau tidak mempunyai pendapatan sampingan sehinggalah tercetus idea untuk membuka warung masakan Western dan menjadi satu-satunya kedai masakan Western di kg. Bertam Baru ini. Bermula dengan promosi secara offline sahaja dan “walk in” dari pelanggan setempat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas menyertai Kelas Keusahawanan di Pusat Internet Bertam, beliau dapat menambah lagi ilmu pemasaran produk ke dalam media sosial. Mempromosikan produk ke dalam FB & Whatsapp Group dan mencari idea untuk membuat tanda harga dan nama setiap produk bagi menarik lagi pelanggan. Sambutan dan permintaan yang tinggi juga di perolehi terutamanya dari komuniti kampung sebelah dan berdekatan. Perkhidmatan “COD” juga disediakan mengikut masa, kuantiti dan lokasi pelanggan. Pendapatan sehari boleh mencecah sehingga RM100-RM200.