NAMA  :  NIK YUROSILAWATI BINTI YUNUS
UMUR  :  33 TAHUN
AHLI   : 28 OGOS 2014

 

Latar belakang

Pn. Nik Yurosilawati bt Yunus dilahirkan dan menetap di Kg.Bertam Baru. Merupakan ahli PI Bertam sejak 2014. sudah berumah tangga dan mempunyai 2 orang putera. Membuka perniagaan sejak 2015 bersama arwah ibu di hadapan rumah pusaka peninggalan arwah nenek beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Hanya memasarkan produk jualan secara offline sahaja. Mendapatkan stok jualan di kawasan sekitar sahaja tanpa membuat perbandingan harga kerana ingin teruskan jualan harian bagi memenuhi permintaan pelanggan. Produk yang di jual juga tidak di pelbagaikan dan hanya bekalkan produk yang sama sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas menyertai Kelas Keusahawanan di Pusat Internet Bertam, beliau telah di ajar menggunakan teknologi terutamanya media social. Melalui media social seperti Facebook dan juga Whatsapp, beliau telah perkembangkan produk dengan promosikan jualan harian. Beliau juga membuat perbandingan harga bagi mendaptkan bekalan stok dan juga mempelbagaikan lagi produk mengikut perkembangan semasa melalui media sosial.