NAMA  : NOR IRENE NATASHA BINTI BAIDILLAH
UMUR : 10 TAHUN
AHLI : 07 DISEMBER 2016

 

Latar belakang

Irene Natasha merupakan pelajar darjah empat yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bertam Baru merupakan anak kepada pasangan Encik Baidillah Bin Jaafar dan Puan Siti Zurina Bt Mamat.Ibu bapa Irene berasal dari Kampung Bertam Baru. Irene merupakan anak ke enam dari lapan orang adik beradik. Irene dilahirkan serta dibesarkan di Kampung Bertam Baru kerana bapanya menetap di Bertam Baru setelah berpencen daripada tentera manakala ibunya bekerja di kedai makan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti kelas di Pusat Internet Bertam, irene tidak mempunyai pengetahuan berkenaan komputer mahupun teknologi maklumat. Bermula daripada mendaftar sebagai ahli PI Bertam sejak 2016, Irene sering mengikuti kelas asas komputer yang diadakan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas beberapa kali mengikuti kelas asas komputer di Pusat Internet Bertam, pengetahuan Irene berkenaan teknologi maklumat sudah semakin bertambah. Selain itu, Irene juga sudah mahir melayari internet untuk mencari bahan-bahan pembelajaran.Irene juga dapat menyiapkan tugasan sekolah dengan menggunakan sumber rujukan internet. Tambahan lagi, Irene juga rajin mengikuti program yang diadakan di PI Bertam seperti kuiz, mahupun program Dashboard Komuniti. Tambahan juga setaip kali datang ke PI Irene akan mempraktikan apa yang dipelajari semasa mengikuti kelas bersama petugas PI Bertam.