NAMA 

: NATROH BINTI USENG

UMUR

: 52 TAHUN

AHLI

: 22 JUN 2018

 

Latar belakang

Pn. Natroh merupakan seorang warganegara Thailand dan telah menetap hampir 30 tahun selepas berkahwin dengan suaminya En. Zulkifli,seorang warganegara Malaysia. Beliau telah menetap di Kg. Bertam Baru selama 32 tahun. Setelah menetap lebih 30 tahun, beliau kini telah mendapat Kad Pengenalan sementara dan dalam proses mendapat Kad Pengenalan sebagai warganegara Malaysia. Mempunyai 4 orang cahaya mata. Mula menjahit pakaian sejak mendirikan rumah tangga hanya untuk anak-anak dan kini mampu mendapat pendapatan hasil dari tempahan pelanggan sekitar dan kawasan sekitar.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 dan kini telah meningkat sehingga RM1000-RM2000 terutama nya jika mendapat tempahan pada musim perayaan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat internet

Selepas menyertai Kelas Keusahawanan di Pusat Internet Bertam, Pn. Natroh telah banyak belajar cara-cara untuk mempromosikan perkhidmatan jahitan beliau ke dalam laman sosial sesuai dengan perkembangan teknologi masa kini. Permintaan tempahan dari pelanggan juga telah meluas ke kampung berdekatan selepas di iklan kan ke dalam whatsapp dan fb.