NAMA 

: SITI NURAIN HAFIZA BINTI BORHANUDDIN

UMUR

: 25 TAHUN

AHLI

: 14 JUN 2018

 

Latar belakang

Pn. Siti Nurain Hafiza di lahirkan di Kg. Bertam Baru. Mempunyai dua orang cahaya mata. Selepas berkahwin, beliau menetap di gua musang dan kini telah berpindah kembali ke Kg. Bertam Baru. Seorang surirumah yang menjalankan perniagaan membuat kek dan menerima tempahan kek untuk pelbagai jenis majlis. Selepas perniagaan beliau mendapat sambutan, beliau memperkenalkan pula perkhidmatan “surprise delivery” untuk kawasan setempat dan berdekatan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum memulakan perniagaan membuat kek, beliau tidak mempunyai pendapatan sendiri dan kini beliau mampu mendapat pendapatan sendiri sekitar RM300-RM500 sebulan dan membolehkan beliau membantu ekonomi keluarga.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Bermula dengan berniaga secara “offline”, kini beliau telah memasarkan produk ke dalam media social seperti fb,Instagram dan juga whatsapp. Semua ilmu yang di pelajari semasa mengikuti kelas dan kursus di PI Bertam, perniagaan beliau mula di kenali dan mendapat sambutan daripada pelanggan yang tinggal di kawasan luar dari Kg. Bertam Baru.