NAMA 

: MOHD FAIS HAIKAL BIN ABDULLAH

UMUR

: 13 TAHUN

AHLI

: 27 JANUARI 2011

 

Latar belakang

Fais Haikal adalah pelajar tingkatan satu yang bersekolah di Sekolah Maahad Muhammadi Gua Musang merupakan anak kepada pasangan Encik Abdullah Bin Othman dan Puan Rohani Bt Ismail.Ibu bapa Fais berasal dari Kampung Bertam Baru. Fais merupakan anak ke tujuh daripada lapan orang adik beradik. Fais dilahirkan serta dibesarkan di Kampung Bertam Baru kerana ibu bapanya bekerja di Bertam Baru.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

Sebelum mengikuti kelas di Pusat Internet Bertam, Fais tidak mempunyai pengetahuan berkenaan komputer mahupun teknologi maklumat. Bermula daripada mendaftar sebagai ahli PI Bertam, Fais mula konsisten mengikuti kelas asas komputer yang diadakan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas beberapa kali mengikuti kelas asas komputer di Pusat Internet Bertam, pengetahuan Fais berkenaan teknologi maklumat sudah semakin bertambah. Selain itu, Fais juga sudah mahir melayari internet untuk mencari bahan-bahan pembelajaran.Fais juga dapat menyiapkan tugasan sekolah dengan menggunakan sumber rujukan internet. Tambahan lagi, Fais juga rajin mengikuti program yang diadakan di PI seperti kuiz, mahupun program Dashboard Komuniti.