NAMA 

: NORLIZAWATI BINTI OMAR

UMUR

: 36 TAHUN

AHLI

: 01 MAC 2018

 

Latar belakang 

Pn. Norlizawati berasal Krai dan menetap di Kg.Bertam Baru dan mempunyai empat cahaya mata. Mempunyai taraf pendidikan SPM di Sek.Men.Tengku Bendahara.Beliau bekerja sebagai penyapu di Sek.Keb. Bertam untuk membantu suami menyara keluarga. Berbekalkan minat dan ilmu dalam perniagaan, beliau telah menceburi bidang jahitan dengan belajar melalui KEMAS selepas tamat pengajian pada peringkat SPM dan kini beliau mampu membuka kedai jahitan sendiri di atas nama Noryaa Omar. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM700 sahaja sebulan hasil daripada kerja sebagai tukang sapu di sekolah dan tempahan jahitan pelanggan kawasan sekitar.(offline)

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas menyertai Kelas Keusahawanan di Pusat Internet 1Malaysia Bertam, Pn. Norlizawati telah dapat memperluaskan lagi perkhidmatan jahitan ke kawasan luar. Pendapatan beliau juga telah mencecah sehingga RM1200 sebulan mengikut permintaan pelanggan. Pelanggan beliau juga semakin bertambah yang terdiri daripada pelbagai tempat dan daerah.