NAMA 

: NORAZLINA BINTI SAIDI 

UMUR

: 30 TAHUN

AHLI

: 01 MAC 2018

 

Latar belakang 

Pn. Norazlina berasal dari Dabong, Daerah Kuala Krai dan kini menetap di Kg.Bertam Lama setelah mendirikan rumah tangga dan mengikut suami. Mempunyai taraf pendidikan SPM di Sek.Men.Dabong. Berbekalkan minat dan ilmu dalam perniagaan, beliau telah menceburi bidang keusahawan dengan memiliki perniagaan kedai runcit.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM800 sahaja sebulan hasil daripada nafkah pemberian suami, untung kedai runcit dan tempahan jahitan pelanggan kawasan sekitar.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas menyertai Kelas Keusahawanan di Pusat Internet 1Malaysia Bertam, Pn. Norazlina telah dapat memperluaskan lagi perkhidmatan beliau bagi mempromosikan ke kawasan luar. Pendapatan beliau juga telah mencecah sehingga RM1200 sebulan mengikut permintaan pelanggan dan pendapatan daripada perniagaan sampingan yang di jalankan. Pelanggan beliau juga semakin bertambah yang terdiri daripada pelbagai tempat dan daerah.