NAMA 

: AINA ARINA BINTI NAQIUDDIN

UMUR

: 9 TAHUN

AHLI

: 22 JULAI 2017

 

Latar belakang

Aina Arina adalah pelajar tahun tiga yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bertam merupakan anak kepada pasangan Mohd Naqiuddin Bin Hanafi dan Noor Mera Bt Ibrahim.Bapa Arina berasal dari Bertam Baru manakala ibunya berasal dari Kuala Lipis. Arina merupakan anak sulung di dalam keluarganya dan mempunyai seorang adik perempuan. Arina dilahirkan serta dibesarkan di Kampung Bertam Baru kerana ibu bapanya bekerja di Bertam Baru.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum mengikuti kelas atau latihan di Pusat Internet 1Malaysia Bertam, Arina tidak mempunyai pengetahuan berkenaan komputer mahupun teknologi maklumat. Bermula daripada mendaftar sebagai ahli PI1M Bertam, Arina mula mengikuti kelas asas komputer yang diadakan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas beberapa kali mengikuti kelas asas komputer di Pusat Internet 1Malaysia Bertam,pengetahuan Arina berkenaan teknologi maklumat sudah semakin bertambah. Selain itu, Arina juga sudah mahir melayari internet untuk mencari bahan-bahan pembelajaran.Arina juga dapat menyiapkan tugasan sekolah dengan menggunakan sumber rujukan internet. Tambahan lagi, Arina juga rajin mengikuti program yang diadakan di PI1M seperti kuiz, mahupun program Dashboard Komuniti.