Nama  : Siti Noratikah Bt Mat Hanafi

 Umur  : 28 Tahun 

 Ahli    : 11.11.2017

 

Latar belakang

Pn. Noratikah merupakan anak jati kelahiran Kg. Bertam Baru. Beliau mendirikan rumah tangga pada usia yang muda dan mempunyai tiga orang anak. Mempunyai taraf pendidikan SPM di Sek.Men.Keb.tengku Bendahara. Berbekalkan minat dan ilmu dalam perniagaan, beliau telah menceburi bidang keusahawan dengan mendaftarkan diri sebagai ahli sah berdaftar SHOM dengan menjalankan perniagaan ini dengan sepenuh masa.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM500 sahaja sebulan hasil daripada nafkah pemberian suami.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas menyertai Kelas Keusahawanan di Pusat Internet 1Malaysia Bertam, Pn. Noratikah telah dapat memperluaskan lagi perkhidmatan beliau bagi mempromosikan ke kawasan luar. Pendapatan beliau juga telah mencecah sehingga RM1000 sebulan mengikut permintaan pelanggan dan pendapatan daripada perniagaan sampingan yang di jalankan. Pelanggan beliau juga semakin bertambah yang terdiri daripada pelbagai tempat dan daerah.

 


 

Nama  :  Suriani Bt Nawawi

Umur  :  41 Tahun

Ahli    : 11.11.2017

 

 

Latar belakang

Pn. Suriani merupakan seorang Guru Kafa di Sek.Keb.Bertam Baru yang berasal dari Kg. Ketereh, Kelantan. Beliau kini telah menetap di Kg. Bertam Baru sejak tahun 1997 setelah mendirikan rumah tangga bersama En. Mazlan Ismail yang merupakan anak jati kelahiran Kg. Bertam Baru dan dikurniakan lima orang puteri. Pn. Suriani menceburkan diri dalam perniagaan atas talian (online) adalah sebagai Part Time untuk membantu suami mencari rezeki untuk keluarga.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM800 sahaja sebulan hasil daripada gaji bulanan Guru Kafa

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas menyertai Kelas Keusahawanan di Pusat Internet 1Malaysia Bertam, Pn. Suriani telah dapat memperluaskan lagi perniagaan beliau khususnya secara atas talian dengan menyertai kumpulan (group) perniagaan yang ada di dalam Page Fb. Pendapatan beliau juga telah mencecah sehingga RM1800 sebulan mengikut permintaan pelanggan Selain daripada rakan sekerja yang menjadi pelanggan tetap beliau, jelanggan beliau juga terdiri daripada pelbagai tempat dan daerah.

 


 

Nama : Abdul Muazzam Zakwan Bin Muhamad  

Umur : 10 Tahun

Ahli : 06.11.2015

 

Latar belakang

Abdul Muazzam atau lebih mesra dipanggil Muazzam merupakan anak ke-enam daripada 7 orang adik-beradik. Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Bertam Baru. Bapanya En.Muhamad yang berasal daripada Kota Bahru merupakan pegawai Stesen Kereta Api Bertam Manakala ibunya Pn. Zaiton bt Zakaria berasal daripada Kota Bahru turut mengikuti suami berpindah ke Bertam dan merupakan suri rumah sepenuh masa.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum mengikuti kelas atau latihan di Pusat Internet 1Malaysia Bertam, Muazzam tidak begitu tahu asas-asas komputer mahupun teknologi maklumat. Selepas menjadi ahli PI1M Bertam barulah Muazzam mula mengikuti kelas asas komputer yang diadakan. Dari segi pembelajaran pula muazzam tidak menjadikan penggunaan internet sebagai salah satu medium pembelajaran.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas beberapa kali mengikuti kelas asas komputer di Pusat Internet 1Malaysia Bertam, Muazzam kini dapat menggunakan komputer dengan baik. Selain itu, Muazzam juga sudah mahir melayari internet untuk mencari bahan-bahan pembelajaran bagi mengulangkaji pelajaran.Tambahan lagi, Muazzam juga rajin mengikuti program yang diadakan di PI1M seperti pertandingan kuiz, gotong-royong mahupun program Dashboard Komuniti.