Nama | : Nur Auni Nazirah Binti Zulkifli |
Umur | : 11 Tahun |
Ahli | : 11 Ogos 2018 |
Latar belakang
Nazirah merupakan pelajar darjah 5 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bertam. Dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Bertam Baru. Mula menjadi ahli pada 11/08/2028. Seorang pelajar yang sentiasa rajin mengikuti kelas dan aktiviti PEDI Bertam bersama kembarnya Qistina yang juga ahli PEDi Bertam.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum mengikuti kelas ICT yang diadakan di PEDi Bertam Nazirah tiada pengetahuan serta kemahiran asas untuk menggunakan komputer dan juga melayari internet. Nazirah juga takut untuk mencuba menggunakan komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Selepas mengikuti kelas yang dianjurkan oleh petugas PEDi, Nazirah menjadi lebih tahu tentang komponen dan kegunaan komputer. Dia juga sentiasa mengikuti perkembangan baru bagi menambah ilmu pengetahuan ICT.